KEK CAIR /MOLTEN CAKE


137774med

digemari kanak-kanak


Bahan-bahan ( 6biji )

UNTUK DISAPU PADA ACUAN CAKE/MUFFIN
  • - butter
  • - gula halus
BAHAN-BAHAN KEK
  • - 4 sudu makan butter tanpa garam (dipotong kiub pada suhu bilik)
  • - 1/3 cawan gula halus
  • - 3 biji telur gred A
  • - 1/3 cawan tepung naik sendiri
  • - 1/4 sudu kecil garam
  • - 230 gram coklat masakan ( dicairkan)

Cara-cara

  • Untuk acuan kek/muffin, sapukan butter pada setiap acuan kek/muffin (jangan terlalu tebal). Selepas itu,salutkan acuan tersebut dengan sesudu gula. Lebihan gula hendaklah di keluarkan kembali
  • Untuk kek pula,pukul butter dan gula sehingga kembang.Apabila sudah kembang,masukkan telur satu per satu.pukul sehingga ianya sebati
  • Kemudian masukkan tepung dan garam..pukul lagi dan akhir sekali,masukkan coklat masakan yang sudah pun dicairkan terlebih dahulu
  • Isi adunan kek tadi kedalam acuan kek/muffin. Bakar sehingga bahagian atas kek kelihatan seperti sudah tidak cair ( 8minit ke 10 minit sahaja)
  • Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 10 minit.
  • Untuk dihidang,keluarkan kek dari acuan dan dihidang dalam keadaan terbalik seperti gambar di atas. Jika suka,boleh lah tabur sedikit gula aising sebagai hiasan

0 comments:

Post a Comment