Bahan-bahannya
- 3 buku kek marble (setiap satu seberat 350 gram) - beli daripada mana-mana kedai kek
- 20 keping biskut Oreo krim vanila
- 100 gram ceri (potong dadu kecil-kecil)
- 26 gram agar-agar serbuk
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 tin susu cair tin (campur dengan air untuk menjadikan 1,200 ml cecair)
- 300 gram gula pasir
- 2 biji telur (kocok)
- secubit garam
- Satukan susu, agar-agar, garam, esen vanila dan gula. Masak hingga mendidih.
- Masukkan telur sambil kacau bahan tadi. Apabila sudah rata, matikan api.
- Masukkan biskut Oreo yang sudah dipatah-patahkan dan ceri ke dalam agar-agar.
- Potong kek marble setebal satu sentimeter setiap satu.
- Ambil sehelai tuala tangan yang bersih, basahkan dan lapkan ke seluruh tin kek berukuran 25 X 25 X 8 sentimeter.
- Susunkan kek marble di dasar tin dan di sekelilingnya. Pastikan susunan padat.
- Letakkan tin berisi kek di atas besen atau kuali besar yang rata dasarnya dan diisi air batu.
- Dengan menggunakan senduk lauk, tuang adunan agar-agar ke dalam tin berisi kek, sesenduk demi sesenduk hingga penuh.
- Biarkan agar-agar keras, baru diterbalikkan tinnya untuk keluarkan kek agar-agar ini.
- Jika anda mahu gunakan kek sebagai hantaran, elak simpan dalam peti sejuk kerana bimbang ia berpeluh jika terlalu lama dikeluarkan daripada peti sejuk.
0 comments:
Post a Comment