

Bahan-bahannya
- 600gm beras pulut
- Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 1 jam.
- Toskan berasnya dan letak didalam loyang bulat 11 inci dan masukkan santan, air dan garam.
- Santan dan air hendaklah sama parasnya dengan pulut, jika hendak lebihkan santan sikit sahaja supaya pulutnya tidak lembik bila dikukus.
- Kukus sehingga ia masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ditekan-tekan supaya pulut itu mampat.
- Boleh ditekan dengan anak batu lesung yang dibungkus plastik dan ratakan.
- 6 biji telur
- 1 1/2 cawan santan
- 1 cawan air ) dikisar dan ditapis
- 5-6 helai daun pandan )
- 2 1/2 sudu makan penuh tepung gandum
- 250 gram gula
- sedikit garam
- Kesemua bahan serikaya dimasukkan kedalam blender dan diblend sehingga sebati.
- Masakkan sebentar diatas api yang sederhana sehingga adunan melekat sedikit di belakang senduk kayu dan cuba angkat. Adunan itu akan menunjukkan ia pekat sedikit.
- Tuang diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus sehingga ia masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment