APAM PUTERI AYU

Sumber: Myresipi.com/ Kak Muza (FRD)


Bahan-bahan (28 biji )
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil ovellate
  • 1 sudu besar yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan tepung
  • kelapa parut putih secukupnya
  • pewarna hijau
  • sedikit esen pandan
Cara-caranya
  • Gula , telur, ovellate dipukul hingga gebu.
  • Masukkan santan, garam, yis kering pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis pukul sebati. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.
  • Perap selama 3 jam atau hingga ia naik 2 kali ganda.
  • Bila adunan dah kembang kacau dengan senduk dan bolehlah taruk dalam acuan dan kukus selama 7 hingga 10 minit.

0 comments:

Post a Comment