BLUEBERRY CHEESECAKE 1

Sumber: JC (FRD)


Bahan-bahannya
  • 1 cawan serbuk graham craker or digestive crakers
  • 1/2 cawan kekacang yg dicincang halus (spt badam, walnut or hazelnut)
  • 2 sudu besar mentega atau margarine dicairkan
  • 2 sudu besar gula pasir
cara-caranya
  • Campurkan semua bahan ni dan tekankan didasar loyang bersize 9in lepas tu bakar sekejap dlm suhu 350'F (175’C) selama 8-10 min.
  • Keluarkan loyang dan turunkan suhu oven ke 325'F (160’C).

Bahan untuk Cheesecake
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu teh garam
  • 16 oz cream cheese or guna 2 pkg 8 oz cream cheese
  • 1 sudu teh vanilla
  • 4 biji telur kuning
  • 1 cawan/8oz light cream / table cream
  • 4 biji putih telur yg dipukul hingga kental/stiff beaten
Topping:
  • Bluberry pie filling atau topping kesukaan
Cara-caranya
  • Gaulkan gula, tepung, garam dan cream cheese sehingga sebati.
  • Masukkan vanilla kemudian masukkan kuning telur dan kacau rata.
  • Masukkan cream dan kacau rata-rata.
  • Kaup balikkan putih telur kedalam adunan kemudian curahkan adunan ke atas crust tadi.
  • Bakar menggunakan cara bain marie selama 60minit or hingga ditengah kek set.
  • Sejukkan kek atas redai kek kemudian lalukan pisau disekelilingnya biarkan betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam fridge. Simpan sekurang kurangnya 4 jam atau semalaman kemudian hias dengan blueberry topping diatasnya
Nota JC :
  • Pastikan baking pan disalut dengan double duty foil dan air mesti menggunakan air yg panas. Tuangkan air pada loyang luar setinggi suku dari ketinggian baking pan. Sentiasa gris keseluruhan pan supaya kek keluar cantik dan licin.

0 comments:

Post a Comment