CHRYSANTHEMUM BREAD



BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)

Bahan A
  • 440 gram tepung roti/ high protein flour
  • 60 gram tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
  • 4 sudu teh (1 paket) yis kering
Bahan B
  • 250 ml air
  • 1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
  • 80 gram shortening
Cara-caranya
  • Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
  • Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  • Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
  • Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  • Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
  • Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  • Bolehlah dibentuk ikut suka.
  • Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
  • Bakar hingga masak.

Cara membuat Chrysanthemum Bread.

Doh roti dibahagikan kepada 70 gram sebiji dan inti kacang merah kepada 50 gram sebiji.

1) Canai doh roti dan letakkan inti kacang merah dan balut tutup rata.


2) Kemudian terbalikkan bahagian yang telah ditutup kebawah dan canai bulat sebesar 5 - 6 inci lebar.


3) Kemudian potong dengan pisau tapi jangan putus ditengah. Potong kepada 10 - 12 bahagian mengikut besar lebar roti tersebut.


4) Setiap bahagian yang telah dipotong disengetkan kepada 45 darjah jadi inti kacang merah akan nampak dibelah atasnya... lihat gambar yang D tunjuk.


5) Inilah hasil roti yang telah diterbalikkan semua bahagian yang dipotong. Jangan risau walaupun ia nampak tak berapa cun, kasi ia rehat dan naik dengan sempurna...


6) Ini pula roti yang telah diperap dan sedang mengembang untuk tunggu dibakar...


7) Bila telah cukup pasa diperap, boleh anda sapukan dengan bancuhan telur dan juga susu segar dan letakkan ceri merah ditengah roti seperti bunga ataupun yang D buat hanya menggunakan bijan putih dan hitam...

0 comments:

Post a Comment