KEK KELADI


Dsc01385

As promised...

Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )

KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

KEK :
  • Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  • Dsc01372
    Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
KELADI:
  • Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  • Dsc01370
    Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.
  • Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  • Dsc01375
    Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  • Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  • Dsc01379
    Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  • Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  • Dsc01383
NOTA:
  • Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi.
  • Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

0 comments:

Post a Comment