KEK KELAPA


Image073

Bahan2 nye simple tapi kek nye yummy and moist.

Bahan-bahan ( Loyang 8 x 10 inci )

  • 3 cawan tepung self-raising/tepung kek + 1 sudu kecil baking powder (di ayak)
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 paket santan segera (serbuk - 50g)
  • 1/2 cawan vegetable oil
  • 2 biji telur
  • 2-3 titik perasa pandan
  • Pewarna (ikut pilihan masing2)

Cara-cara

  • Gaulkan bahan-bahan kering ( tepung, kelapa kering, garam, gula) hingga sebati.
  • Masukkan bahan-bahan basah (serbuk santan, air, vegetable oil, telur, perasa pandan) dlm blender/food processor dan blend hingga sebati.
  • Masukkan adunan yang telah di blend ke dalam adunan tepung, gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna. (Saya guna 3 warna - coklat, merah & hijau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar dalam pre-heated oven (170 C) sehingga masak (~30 minit)
  • Image065
    Versi cupcake - bakar dlm cupcake pan (size sederhana) ~ 12-15 minit.


0 comments:

Post a Comment