KEK KURMA SIMPLE

03-05-08_1653

Main taram jer buat,Alhamdulillah jadi ler!

Bahan-bahan ( 25cm )

  • 4 biji telur saiz sederhana
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan kurma (dibuang biji dan dikisar)
  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila /esen ros

Cara-cara

  • Pukul gula dengan marjerin hingga kembang.
  • Masukkan telur,pukul lagi hingga sebati.
  • Setelah itu, masukkan tepung,kurma,baking powder,soda bikarbonat dan esen.
  • Gaul sebati dan tuang dlm acuan pembakar.
  • Bakar kek selama 30- 45 minit pada suhu 180 darjah atau sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment