KUIH MAKMUR

Sumber: Sis Rossya


Bahan-bahannya
  • 250g minyak sapi Ghee
  • 250g mentega
  • 1 sudu kecil gula castor
  • secubit garam
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 800g tepung gandum ( mungkin tak dihabiskan)
Inti kacang:
  • 300g kacang gajus digoreng dan ditumbuk kasar
  • 400g granulated sugar (Yang kasar lagi sedap)
  • 100g mentega dicairkan
Inti kacang :
  • Satukan kesemua bahan dan kepal2 kan bujur2 kecil. Ketepikan.
Cara-caranya
  • Adun mentega, minyak sapi, garam dan gula bersama. Jangan sampai kembang. Masukkan telur yang sudah dipukul dan vanilla essence sambil dikacau rata.
  • Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dalam 700g dan uli rata. Masukkan tepung lagi sedikit demi sedikit hingga mendapatkan adunan yang lembut.
  • Adunan tidak boleh terlalu lembik.. kerana ini akan membuat kuih terlalu kembang. tak boleh terlalu kenyal.. ini pula akan menjadi kuih menjadi keras dan terlalu berderai..
  • Bulatkan adunan dan masukkan sebiji inti yang sudah dikepal. Betukkan licin menjadi bujur dan sepit mengikut bentuk daun. Bakar dengan kepanasan 160C tanpa mengris loyang.
  • Setelah masak.. sejukkan dahulu baru di sira dengan icing sugar atau gula castor.

0 comments:

Post a Comment