PAKORAS ROTI


Dsc04627

Resipi ni memang mudah macam buat goreng pisang, cuma tepung salut tu guna tepung gram dal (besan) dan tepung beras. Mudah dan sangat sedap!

Bahan-bahan ( Untuk beberapa orang makan )

  • 3/4 cawan tepung gram dhal
  • 1/4 cawan tepung beras
  • segenggam daun ketumbar dihiris halus
  • 4-5 biji cili hidup dihiris halus
  • satu sudu besar cumin seed (jintan yg halus tu, bukan yg gemuk)
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • Roti yg dihiris nipis. Roti sandwich boleh potong 4. Saya guna roti bulat dihiris nipis

Cara-cara

  • Masukkan tepung gram dhal, tepung beras, garam kedalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit. Kacau sampai jadi macam tepung celup goreng pisang tu. Pekat sikit pun ok.
  • Masukkan daun ketumbar, cili, dan jintan. Kacau sampai sebati.
  • Panaskan minyak. Celupkan hirisan roti kedalam adunan tepung tadi dan goreng sampai kekuningan macam masak goreng pisang.
NOTA:
  • Tepung gram dhal atau besan ni orang kedah panggil tepung kacang parpu. Senang nak cari, pergi kedai India.
  • Selain dari roti, pakoras jugak boleh dicelup dengan sayur seperti kentang, carrot, terung, etc. yg dihiris nipis Macam tempura..tapi rasa dia lagi best :)

0 comments:

Post a Comment