PARU GORENG KICAP MAMA ELLA

Sumber: Mama Ella (FRD)


Bahan-bahannnya
  • 1 kilo paru (direbus sampai masak)
Bahan A
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam sedikit
  • 1 sudu the serbuk ketumbar
  • 1 sudu the serbuk jintan halus dan kasar
Bahan B
  • 2 biji bawang besar, dihiris kasar
  • 3 biji bawang putih, dikisar halus
  • sedikit halia, dikisar halus
  • 2 batang serai, diketuk
  • 3 batang lada merah dan hijau, dihiris
  • 1/2 sudu the serbuk ketumbar dan jintan mix
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga pelaga dan bunga cengkih
  • kicap Manis cap kipas
  • 1 sudu makan kicap pekat dark soya sos
  • garam dan gula sedikit
  • 1/2 cawan air putih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
  • Paru setelah direbus dicampurkan dengan Bahan A dan digoreng mengikut kesukaan anda. Stelah garing angkat dan toskan minyaknya.
  • Tumis bawang hiris dengan kayu manis serta buah pelaga dan bunga cengkih dan serai goreng sampai wangi, masukkan bahan-bahan yang dah dikisar kedalam tumisan tadi dan kacau sampai sebati dan garing.
  • Apabila sudah garing dan wangi masukkan paru dan balik- balikkan sekali lagi sampai ia nya rata.
  • Masukkan kicap pekat manis dan kalau kurang pekat tambahkan kicap pekat dark sos 1 sudu dan balik-balik kan sekali lagi. Tambah garam dan gula dan sedikit air.
  • Rasa apa yang kurang dan masukkan cili merah dan hijau dan balik lagi sampai chilli layu . Angkat dan hidangkan dengan nasi putih....

Nota Mama Ella: Lauk ini berkuah sedikit aje. Kalau hendak tambah su’un pun boleh tetapi airnya akan kering kerana su’un akan kembang.... nak pedas tambahkan lada putih 2 sudu teh bila menumis...

0 comments:

Post a Comment