PAUNG PULUT


Rimg0229

Masakan Terengganu, makan petang - petang sambil nengok tv.

Bahan-bahan ( 20 biji )

Bahan Untuk Inti Sambal Ikan
  • 3 ekor ikan selar/kembung/selayang rebus ngan asam keping dan garam pahtu perisikan (ambil isi ikan dan tumbuk)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, satu inci halia ,satu inci lengkuas ,satu batang serai (semua tumbuk atau mesin halus)
  • sedikit halba
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk Doh/Kulit
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • garam sikit
  • 1/2 cawan kelapa parut

Cara-cara

Buat Inti Sambal Ikan Dulu
  • Rimg0226
    masukkan semua bahan kat dalam kuali, masak sampai kering. biarkan sejuk, sambil tu boleh buat kulit dia.
Untuk buat doh/kulit
  • campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam, masukkan air sikit - sikit.
  • Rimg0227
    ambik sikit adunan, bulatkan pah tu leperkan, masukkan inti sambal ikan tadi, dah tu tutup balik. ni terpulang nak buat besar mana pun, saya buat kecik - kecik je, senang nak makan.
  • goreng dalam minyak yang banyak, biar terendam. Bila dah kuning tu boleh angkat dan toskan minyak. makan sambil nengok bella petang - petang.....
  • inti sambal ikan ni boleh simpan kat peti ais, nak buat inti karipap pun boleh, tahan lama janji masak tu sampai kering.

0 comments:

Post a Comment