SOS LADA HITAM


Sosladahitam

resepi dr kakak ipar yg pernah dok US..sedap di makan dgn chicken chop,potato fries, nugget, fishball

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  • Cairkan butter dengan api kecil.
  • Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  • Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan kiub ayam dan kacau.
  • Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  • Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  • Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  • Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  • Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

0 comments:

Post a Comment