TAMAGO YAKI (SUSHI OMELETTE)

Sumber: MD (FRD)
Tamago Yaki (Sushi Omelette) ini selalu beliau buat untuk bentou (bekal) untuk topping sushi dll. Teknik untuk gulungnya kena praktikkan jadi mudah untuk menyediakan.


Bahan-bahannya
  • 2 biji telur (kalau nak tebal sikit leh letak 4 biji telur)
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit soyu (kicap jepun)
  • dashi stock ( tak guna pun takpe)
Cara-caranya
  • Pukul telur dan bahan-bahan yang lain sehingga ia betul-betul sebati.
  • Tuang ¼ adunan telur ke kuali rectangular (tamago pan) yang telah dilenser dengan minyak. Adunan telur hendaklah menutupi permukaan kuali seperti kita buat crepe.
  • Bila ia telah masak, roll adunan dan letakkan di satu sudut penghujung kuali.
  • Letak sedikit minyak dan masukkan adunan telur lagi dan roll adunan lagi bila telah masak.
  • Ulangi proses seperti diatas sehingga adunan telur habis digunakna.
  • Kemudian anda keluarkan telur yang telah disediakan dan boleh potong ikut kesukaan anda dirollkan bulat ataupun dibiarkan bentuk rectangular. Potong bila telur telah pun sejuk.
  • Sesuai dihidangkan bersama set bento dan juga diatas nigiri (sushi).

0 comments:

Post a Comment