CARAMEL PANDAN SANTAN


P4140019

Senang, mudah dan sedap.. variasi dari cream ceramel yg biasa tu

Bahan-bahan ( hidangan 8 orang )

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 4 Biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 tsp Pandan essence
  • 1 tsp Pewarna Hijau ( kalau ada dan rajin boleh blend daun pandan )
  • secubit garam
Untuk Gula Caramel
  • 5 tbsp gula
  • 2 tsbp air

Cara-cara

  • Okey. Buat gula caramel dulu. Macam biasalah masukan gula dan air dalam Pan dan masak atas api sedang biar sampai jadi coklat golden bukan gelap nanti pahit pulak.
  • Then tuang dalam acuan. nak masak terus dalam acuan pun boleh lebih mudah.
  • Untuk pudding nya. Masukkan semua bahan, pas tu blend sampai sebati. Kita guna food processor. nak guna blender pun boleh, hand mixer pun boleh nak manual kacau guna tangan pakai whisk pun boleh.
  • Dah siap blend tu.. tuangkan aje adunan tu tadi ke dalam acuan yang ada caramel tadi.
  • Then letakkan acuan tadi dalam pan yang ada air, sekurang-kurangnya acuan tuu boleh terendam 1/4. Bakar dengan suhu 180c selama 35-40 minit atau bila cucuk dengan tester, dia bersih.
  • Keluar dari oven, biar sejuk jap pas tu masuk dalam peti dalam 1-2 jam pas tuu boleh keluarkan dari acuan.

0 comments:

Post a Comment