Mee bandung dagang


Meebandung

Perencah boleh dibuat banyak jika mahu masak untuk hari berikutnya..


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g udang kering segar
  • cili kering atau cili giling
  • gula pasir
  • bawang merah 20 biji
  • bawang putih 5 biji
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap
  • Taugeh (celur)

Cara-cara

  • Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  • Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  • Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  • Cuci mee kuning dan toskan
  • Potong sayur sawi dan tomato
Untuk memasak perencah mee bandung:

  • Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  • Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  • Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
Untuk memasak mee bandung:
  • Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  • Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  • Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  • Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi.
  • Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
  • Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  • Makan semasa panas
  • Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

0 comments:

Post a Comment