ROTI KRIM COKLAT


Rotikrimcoklat

roti berinti krim coklat. Breadmaker recipe

Bahan-bahan ( 8 biji )

-Doh Roti-

  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
-Krim coklat-
  • 40g coklat
  • 300g susu segar
  • 40g gula
  • 30g tepung jagung
  • 12g mentega
  • 18g serbuk koko

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker.
  • Pilih menu untuk buat doh. ON kan.
  • Sementara itu, sediakan krim coklat.
  • Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk.
  • Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
  • Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil.
  • Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
  • Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
  • Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara.
  • Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  • Rotikrimcoklat1
    Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.
  • Rotikrimcoklat2
    Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. Buat sampai habis.
  • Rotikrimcoklat3
    Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit.
  • Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
  • Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
  • Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.
TIP:
  • Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.

0 comments:

Post a Comment